Seo Services

Penumpang Cemas, Enjin Pesawat Boeing Terbakar


FLORIDA: Penumpang penerbangan sebuah pesawat Boeing 767 Dynamic Airways cemas selepas enjin pesawat itu terbakar ketika dalam persediaan untuk berlepas.

Beberapa kecederaan dilaporkan namun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pesawat tersebut dalam persediaan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale, Hollywood di Florida, Amerika Syarikat menuju ke Caracas, Venezuela.

Ia sepatutya dijadualkan berlepas 12.45 tengah hari waktu tempatan.

Visual panik itu sempat dirakamkan penumpang dari pesawat lain yang sedang bersedia untuk berlepas. - Astro Awani
Penumpang Cemas, Enjin Pesawat Boeing Terbakar Penumpang Cemas, Enjin Pesawat Boeing Terbakar Reviewed by uMieySurianie on October 30, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.