KUCHING: Seorang wanita nekad mengelar pergelangan tangannya selepas dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya di sebuah rumah kedai di Jalan Green Hill di sini semalam.
Wanita berusia 20-an itu dikatakan tinggal bersama teman lelakinya dan berlaku perselisihan faham antara mereka sehingga mencetuskan pergaduhan sekitar jam 11 pagi.
Bagaimanapun, teman lelakinya yang mulanya enggan memperdulikan mangsa kemudian pergi ke kedai makan berdekatan, namun apabila mendapati mangsa tidak muncul, dia pergi semula ke rumah sewa mereka.
“Dia terkejut apabila melihat teman wanitanya berlumuran darah dan mengalami kecederaan di pergelangan tangannya menyebabkan dia terus menghubungi ambulans untuk bantuan,” kata sumber.
Anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas itu untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.
Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut.-UB
Wanita Kelar Tangan Kerana Gaduh Dengan Teman Lelaki
Reviewed by Unknown
on
October 30, 2015
Rating:
No comments: