GAMBAR lucah dalam pelbagai aksi dari wanita seksi dengan majalah Playboy memang tidak dapat dipisahkan.
Namun begitu, selepas 62 tahun kekal kukuh sebagai majalah lucah popular antarabangsa, Playboy telah mengambil keputusan untuk memberhentikan penerbitan bahan lucah dalam kandungan majalahnya selepas ini.
Prosedur terbaharu mereka ini dikatakan bakal diaplikasikan bermula Mac tahun hadapan yang mana mereka tidak akan sama sekali menampilkan foto wanita dalam keadaan lucah dan bogel.
Tujuan sidang redaksi Playboy berbuat demikian adalah untuk menarik lebih banyak pembaca baharu.
Keputusan tersebut juga telah dipersetujui oleh pengasas Playboy, Hugh Hefner, 89. – MYNEWSHUB.CC
Playboy Berhenti Terbitkan Bahan Lucah
Reviewed by uMieySurianie
on
October 13, 2015
Rating:
No comments: