Seo Services

Kertas Siasatan Kes Culik Di Kajang Akan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya


SHAH ALAM: Kertas siasatan kes culik kanak-kanak berusia lima tahun di Kajang akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa dua hari.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar bagaimanapun berkata tiada lagi tangkapan akan dibuat.

"Kami kini mempunyai empat suspek dalam tahanan, termasuk pemandu teksi.

"Kami tidak menjangkakan untuk membuat apa-apa penangkapan lagi," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Abdul Rahim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita mengenai kes-kes penculikan bagi memastikan keselamatan mangsa tidak terjejas.

"Terdapat lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan apabila maklumat mengenai penculikan menjadi viral.

"Penculikan adalah kes halus, di mana penculik mungkin melakukan sesuatu tindakan terburu-buru kepada mangsa jika mereka tahu pihak polis tahu mengenai mereka," katanya.-mStar
Kertas Siasatan Kes Culik Di Kajang Akan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya Kertas Siasatan Kes Culik Di Kajang Akan Diserah Kepada Timbalan Pendakwa Raya Reviewed by Unknown on October 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.