Shah Alam: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebentar tadi untuk merasmikan Hari Sukan Negara 2015.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Naib Canselor, Tan Sri Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
Kira-kira 20,000 peserta dijangka menghadiri acara di tapak perasmian di Shah Alam manakala lebih 4 juta rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Sukan di seluruh negara. - BH
PM Tiba Di UiTM Untuk Rasmikan Hari Sukan Negara
Reviewed by uMieySurianie
on
October 10, 2015
Rating:
No comments: