Seo Services

Sambutan Hari Sukan Negara di Padang Merdeka Kuching Dapat Sambutan


KUCHING: Sambutan Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Negeri mendapat sambutan oleh penduduk di sekitar Bandaraya Kuching.

Berlansung di Padang Merdeka Kuching pagi tadi, acara pelepasan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Haji Md Yahya Haji Basimin.

Terdahulu, program dimulakan dengan acara senamrobik sebelum acara utama iaitu larian sejauh 5 kilometer dan berbasikal hingga 30 kilometer.

Selain itu, antara acara sampingan lain yang diadakan termasuk Zumba dan Aerobik, seni mempertahankan diri, Fit Malaysia Fest, Mr Gym, frisbee dan memcuba alat kecergasan selain cabutan bertuah. – Sarawakiana
Sambutan Hari Sukan Negara di Padang Merdeka Kuching Dapat Sambutan Sambutan Hari Sukan Negara di Padang Merdeka Kuching Dapat Sambutan Reviewed by uMieySurianie on October 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.