Seo Services

Empat Mayat Termasuk Dua Rangka Ditemui Di Sungai Perias Setakat Ini

Foto: NSTP

GUA MUSANG: Rangka manusia dipercayai milik kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan tengkorak tergantung di ranting pokok di tebing sungai manakala sebahagian cebisan badan lain bertaburan.

Rangka berkenaan ditemui kira-kira jam 11 pagi ini oleh kakitangan Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan penyelamat yang membuat tinjauan menggunakan bot di Sungai Perias.

Sebahagian baju mangsa dipercayai berwarna kelabu turut tergantung di ranting bersama tulang tangan.

Rangka berkenaan sudah dibawa turun ke markas operasi sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat dan ujian DNA.

Sumber polis berkata, penemuan rangka berkenaan kira-kira 10 meter daripada mayat Ika Ayel, 9, bersama Noreen Yacoob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, yang masih hidup semalam. - BH

Empat Mayat Termasuk Dua Rangka Ditemui Di Sungai Perias Setakat Ini Empat Mayat Termasuk Dua Rangka Ditemui Di Sungai Perias Setakat Ini  Reviewed by uMieySurianie on October 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.