KUCHING: Kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini telah memberi peruntukkan sebanyak RM450 juta untuk pembinaan menara telekomunikasi di Sarawak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata sebanyak 149 menara telekomunikasi sedang dilaksanakan di negeri Sarawak, manakala sebanyak 85 menara telekomunikasi masih dalam peringkat perancangan.
“Sebanyak 149 menara telekomunikasi sedang dilaksanakan di negeri Sarawak, manakala sebanyak 85 menara telekomunikasi masih dalam peringkat perancangan,”
Beliau berkata sedemikian dalam Sidang Media selepas mengadakan perjumpaan dengan Pegawai – Pegawai Jabatan Penerangan Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini pagi tadi.
Salleh berkata SKMM akan turut melaksanakan beberapa projek pembangunan telekomunikasi di Sarawak termasuk Projek Sistem Kabel 1Rakyat Malaysia (SKR1M) yang melibatkan pembinaan kabel rangkaian dasar laut baharu yang menghubungkan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“ Empat sambungan kabel dasar laut yang akan dibina ialah di Mersing, Kuching, Miri dan Bintulu bermula suku ke dua tahun 20116,” jelasnya.
Tambahnya, antara projek lain yang disediakan ialah Projek Jalur lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa 2 yang bertujuan memperluaskan liputan jalur lebar berkelajuan sehingga 100Mbps di kawasan bandar dan sebanyak 34,566 port akan disediakan bermula tahun 2015.
“Selain itu, Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) turut diberi perhatian,” sambil menambah ianya bertujuan menaiktaraf kelajuan capaian perkhidmatan jalur lebar yang boleh mencapai kelajuan sehinggan 20Mbps di kawasan pinggir bandar.
Menurutnya, sebanyak 21,664 port akan disediakan bermula tahun 2015.
Selain itu, projek tambahan lain yang akan dilaksanakan di Sarawak ialah Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dan Wifi Komuniti (WK) yang menyediakan capaian Internet tanpa wayar (WiFi) secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di kawasan yang mendapat kurang liputan.
“Jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk tujuan projek pembangunan SKMM lain di Sarawak bagi tempoh antara 2010 hingga 2015 ialah sekitar RM134.2 juta,” tambahnya. – Sarawakiana
Sarawak Terima Peruntukkan RM450 Juta Bagi Pembinaan Menara Telekomunikasi
Reviewed by uMieySurianie
on
October 01, 2015
Rating:
No comments: