Seo Services

Tak Sempat Sambut Menantu


Besut – Pengantin lelaki adalah antara empat terbunuh apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan 4WD di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini.

Pengantin lelaki yang juga pemandu dikenal pasti sebagai Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dari Kampung Lubuk Panjang, Bandar Permaisuri.

Tiga lagi penumpang kereta berkenaan yang maut adalah ibu mentua pengantin, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik iparnya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Mereka ketika itu dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan selepas kenduri di rumah keluarga perempuan, semalam.

Isteri pengantin lelaki, Noraliza, 18, parah dan kini dirawat di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan kejadian itu. – myMetro Online
Tak Sempat Sambut Menantu Tak Sempat Sambut Menantu Reviewed by uMieySurianie on October 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.