Seo Services

Umat Islam Perlu Hijrah Demi Masa Depan: Adenan


MIRI: Umat Islam mesti berubah atau berhijrah ke arah pelbagai aspek bagi memenuhi keperluan masa depan dalam semua bidang termasuk membangunkan modal insan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, generasi muda antara aset penting dalam sesebuah negara yang perlu dijaga dan dididik bagi mencapai tujuan itu.

“Kita mesti berusaha menghasilkan ramai insan berguna pada masa akan datang untuk menyumbang ke arah kesejahteraan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1437H/2015M di Dewan Suarah Miri semalam.

Adenan berkata pembangunan modal insan menjadi agenda utama dalam pembentukan negeri dan negara maju serta berdaulat.

“Ia meliputi dalam soal integriti sikap, kemampuan dan keinginan untuk bersaing, sanggup menghadapi cabaran dan dugaan.

“Malah ia membantu membentuk generasi berinovasi, jati diri mantap serta sikap berkorban dengan mengutama kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan sendiri,” katanya.

Umat Islam menurut beliau perlu menghayati erti sebenar peristiwa berlaku pada Maal Hijrah khususnya sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

“Meskipun Rasullah SAW dan sahabat menerima tekanan akibat penindasan kufaf Mekah, namun ia tidak mematah semangat atau penghalang baginda untuk bangkit dan maju,” katanya.

Jelasnya, sebaliknya tekanan itu dijadikan penggerak cara berfikir dan pemangkin semangat bagi membentuk umat Islam yang kuat dan maju.

Katanya, umat Islam harus belajar daripada kesilapan lepas dan bangkit mengutamakan ajaran agama selain menyumbang tenaga dan idea ke arah pembangunan ummah.

“Kemunduran menyebabkan umat Islam mulai ketinggalan dalam penguasaan ilmu serta kepincangan termasuk aspek politik dan sosial.

“Bahkan turut berlaku kemelesetan dalam perkembangan industri dan ekonomi, kelemahan dalam hal pertahanan dan sebagainya walaupun sebelum ini orang Islam menjadi pelopor semua bidang,” katanya.

Adenan memberitahu Islam hari ini mengharapkan pendukung yang sanggup mempertaruh jiwa dan raga ke arah kebaikan Islam serta manusia sejagat.

“Sebab itu, dalam Islam tuntutan fardu ain dan fardu kifayah berjalan seiring demi menjaga kepentingan peribadi seterusnya mengalak umatnya menyumbang ke arah kebaikan,” jelasnya. - UB

Umat Islam Perlu Hijrah Demi Masa Depan: Adenan Umat Islam Perlu Hijrah Demi Masa Depan: Adenan  Reviewed by uMieySurianie on October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.