Seo Services

Warga Thai Tersangkut Pada Pagar Sempadan Dengan Kesan Tembakan


KANGAR: Seorang warga Thailand didapati tersangkut pada pagar kawasan sempadan Malaysia-Thailand dengan kesan tembakan pagi Selasa.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata lelaki terbabit kemudiannya ditahan Pasukan Gerak Am (PGA).

Beliau berkata warga asing berkenaan dilihat bersama sekumpulan tujuh atau lapan orang yang berpatah balik ke kawasan Thailand melalui pagar sempadan yang dipotong, apabila mereka terserempak dengan anggota PGA di Pos 24 kira-kira pukul 5 pagi.

"Pada masa yang sama, empat das tembakan dilepaskan dari arah Thailand.Namun kita tidak pasti tembakan itu ditujukan kepada siapa. Anggota PGA tidak membalas tembakan tersebut dan tiada anggota kita yang terkena tembakan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Shafie berkata apabila keadaan menjadi tenang dan pemeriksaan dilakukan, didapati seorang lelaki tersangkut pada dawai pagar sempadan dengan kecederaan akibat tembakan di punggungnya.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Jitra dan kemudian ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk menjalani pembedahan.-mStar
Warga Thai Tersangkut Pada Pagar Sempadan Dengan Kesan Tembakan Warga Thai Tersangkut Pada Pagar Sempadan Dengan Kesan Tembakan Reviewed by Unknown on October 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.