Seo Services

Video Lagu See You Again Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube


KAMI yakin anda sering mendengar lagu See You Again dendangan Wiz Khalifa dan Charlie Puth di corong-corong radio selepas ia dijadikan lagu tema filem pecah panggung Fast & Furious 7.

Namun tahukah anda jumlah tontonan video klip lagu tema filem box office tersebut telah mencecah 1 bilion di laman Youtube?



Bukan setakat YouTube, malah lagu itu disifatkan orang ramai sebagai salah sebuah lagu genre rap paling berjaya dalam sejarah bila mencatat rekod antara lagu paling banyak distrimkan melalui aplikasi Spotify.

Ditambah pula dengan nilai sentimental pemergian mendiang Paul Walker, ia sekaligus merupakan faktor kejayaan lagu tersebut, selain daripada kualiti lagu itu sendiri.

See You Again juga dinobatkan sebagai video kedua paling cepat mendapat tontonan 1 bilion, selepas Gangnam Style.

Di laman Youtube setakat ini, terdapat 10 buah video yang berjaya mencecah tontonan 1 bilion.

Antaranya ialah Gangnam Style dendangan Psy, Baby dendangan Justin Bieber, Blank Space dendangan Taylor Swift dan Uptown Funk dendangan Mark Ronson bersama Bruno Mars.

– MYNEWSHUB.CC
Video Lagu See You Again Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube Video Lagu See You Again Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube Reviewed by uMieySurianie on October 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.