Seo Services

10 Perkara Tentang Pelari Pecut Muda, Badrul Hisyam Anda Perlu Tahu

Badrul Hisyam terus melakar sejarah tersendirinya dengan bergaya selepas memenangi emas dalam acara 200 meter pada Selasa dan dalam acara 4x100 meter bersama rakan sepasukannya pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Nama Badrul Hisyam Abdul Manap melonjak naik selepas berjaya meleburkan rekod Watson Nyambek, di Kejohanan Sukan ASEAN di Brunei dan seterusnya menyumbang pingat emas kepada negara dalam acara 100 meter.

Badrul terus melakar sejarah tersendirinya dengan bergaya selepas memenangi emas dalam acara 200 meter pada Selasa dan dalam acara 4x100 meter bersama rakan sepasukannya pada Rabu.

Pencapaiannya di Brunei, sekali gus mengatasi rekodnya sendiri yang dilakukannya dalam kejohanan yang sama di Filipina tahun lepas.

Astro AWANI sempat mengadakan temu bual bersama bakat besar ini pada Rabu.

Berikut adalah 10 perkara anda yang perlu tahu mengenai pelari pecut muda, iaitu Badrul Hisyam Abdul Manap :

1. Atlet muda yang masih berusia 18 tahun ini berasal dan membesar di Melaka.

2. Badrul mula menceburi dan menyertai kejohanan olahraga sejak dari Darjah Lima.

3. Selepas bersekolah rendah di SK Batu Gajah Merlimau Melaka, Badrul meneruskan pendidikannya di Sekolah Sukan Negeri SMK Seri Kota di Melaka.
-Metro
10 Perkara Tentang Pelari Pecut Muda, Badrul Hisyam Anda Perlu Tahu 10 Perkara Tentang Pelari Pecut Muda, Badrul Hisyam Anda Perlu Tahu Reviewed by Unknown on November 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.