Seo Services

Potongan Harga Sehingga 90% Di Zalora?


Orang Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap suka membeli-belah. Pantang ada kedai yang terpampang perkataan ‘SALE’, pasti akan diterjahnya. Pada anda yang malas nak beratur panjang di kaunter pembayaran, boleh ambil peluang keemasan ini. Kenapa?

ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia, kembali dengan 12.12 Online Fever, acara membeli-belah atas talian dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik dari 9 Disember hingga 12 Disember 2015 di setiap syarikat e-dagang yang berbeza. Dimulakan pada tahun 2014, acara siber pada tahun ini akan memperhatikan lebih daripada 100 rakan kongsi dan jenama di seluruh Asia Tenggara, Hong Kong, dan buat kali pertama – Taiwan.

Satu inisiatif yang dipimpin ZALORA, 12.12 Online Fever bertujuan untuk memacu industri e-dagang di seluruh rantau ini, membawakan pelbagai tawaran terbaik kepada pengguna dan menggalakkan pembelian atas talian, dengan harapan untuk menukar pengguna tradisional kepada e-pengguna.

Bersama-sama dengan rakan kongsi serantau seperti MasterCard, AirAsiaBIG, Foodpanda, Hotel Quickly, dan Expedia, 12.12 Online Fever merupakan versi Cyber Monday dan Single’s Day di Asia Tenggara. Ia menjanjikan penjimatan kepada para pelanggan merangkumi koleksi fesyen, makanan, kecantikan, perjalanan dan banyak lagi semasa musim membeli-belah ini. Rakan kongsi yang terlibat akan dipaparkan di halaman web khas dan akan memberikan gambaran keseluruhan bagi semua tawaran serta tawaran harian.

Melalui hari jualan besar-besaran seperti 12.12 Online Fever, ZALORA mensasarkan peningkatan perbelanjaan penggunaan dalam talian runcit, di samping menyediakan jaminan ke atas sektor e-dagang dan membina kepercayaan dengan para pelanggan.

Bermula pada 12 Disember 2015 pada 12 tengah malam, Tawaran 12.12 Online Fever akan disiarkan secara langsung di semua lapan halaman ZALORA dan aplikasi mudah alih ZALORA. Potongan harga sehingga 90% bagi pelbagai jenama antarabangdsa seperti Aldo , Dorothy Perkins, Mango, Desigual , Nine West , Steve Madden, Topshop, Topman , dan Velocitech menanti para pelanggan, Temui semua tawaran yang terbaik di www.zalora.com.my/online-fever. - sumber
Potongan Harga Sehingga 90% Di Zalora? Potongan Harga Sehingga 90% Di Zalora? Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.