Seo Services

Inisiatif Baharu Kerajaan Selesaikan 654,225 Hektar NCR Siap Diukur Perimeter


KUCHING: Pengukuran tanah NCR menerusi inisiatif baharu itu adalah usaha berterusan kerajaan dalam mengiktiraf hak adat Bumiputera dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Menurut Jabatan Tanah dan Survey Sarawak (JTS), amat menghargai kerjasama semua pihak termasuk Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam melaksanakan program itu.

Sebanyak 436 kawasan seluas 654,223 hektar siap diukur secara perimeter iaitu kira-kira 90 peratus daripada kawasan disasarkan dijangka selesai sehingga hujung tahun ini.

Menerusi satu kenyataan akhbar semalam, JTS menjangkakan jumlah yang disasar untuk diselesaikan menjelang tahun ini adalah sebanyak 730,000 hektar.

Di atas permintaan penuntut yang menuntut tanah Hak Adat Bumiptera (NCR), JTS turut melaksanakan pengukuran individu lebih awal walaupun pengukuran lot individu dirancang untuk dilaksanakan hanya setelah pengukuran secara perimeter selesai sepenuhnya.

Selain itu, 14 kawasan diukur secara individu yang melibatkan 3,773 lot dan dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri setakat ini.

Sejumlah 50 kawasan berkeluasan 98,810 hektar siap diukur secara perimeter melalui peringkat pertama program tersebut manakala sejumlah 14 kawasan sedang diukur secara perimeter melibatkan kawasan seluas 36,504 hektar yang merangkumi kawasan komuniti Bidayuh sepenuhnya.

Tiga kawasan yang melibatkan 1,141 surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dikeluarkan melalui program sama dan ia melibatkan pengukuran lot individu.

Kawasan seluas 2,303 hektar untuk lot individu sedang diukur di Kampung Grogo dan Sibuluh Bau.

Penuntut tanah NCR daripada komuniti Bidayuh boleh mengemukakan permohonan terus kepada JTS, selaras dengan prosedur sedia ada selain daripada menyertai program yang diadakan oleh DBNA.

JTS telah melakukan kerja-kerja pengukuran di kawasan Ri’ih Samarahan selesai dilaksanakan bagi kedua-dua peringkat pengukuran yang sebelum ini dipohon terus melalui JTS.

Skuduk dan Pisa Kuching telah selesai dilaksanakan menerusi kedua-dua peringkat pengukuran yang sebelum ini telah dipohon melalui DBNA dan JTS sentiasa terbuka kepada kerjasama mana-mana pihak dalam usaha memastikan pengukuran tanah NCR di bawah program itu berjalan lancar. - Sarawakiana
Inisiatif Baharu Kerajaan Selesaikan 654,225 Hektar NCR Siap Diukur Perimeter Inisiatif Baharu Kerajaan Selesaikan 654,225 Hektar NCR Siap Diukur Perimeter Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.