Seo Services

Annah Rais, Menggamit Kehidupan Sebenar Masyarakat Bidayuh Di Sarawak


Bagi mereka yang bukan berasal dari Sarawak, perkampungan contoh Bidayuh, Annah Rais mungkin kedengaran begitu asing bagi mereka. Namun, bagi mereka yang menetap di Sarawak, perkampungan ini bukan asing lagi. Di iktiraf sebagai perkampungan contoh bagi Masyarakat Bidayuh di luar Kampung Budaya di Santubong, pengunjung pastinya akan tetarik dengan kehidupan sebenar masyarakat Bidayuh yang kurang diketahui oleh masyarakat luar.

Terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bandaraya Kuching, perkampungan ini menyediakan rumah panjang yang sentiasa dijaga dan dijadikan rumah contoh rumah panjang bidayuh di Sarawak. Sedikit rekod, etnik Bidayuh lebih dikenali sebagai Dayak Darat di Sarawak dimana mereka banyak mendiami bahagian Selatan negeri Sarawak.

Jesteru, tidak hairanlah, selain Bau, Padawan merupakan perkampungan terbesar etnik ini di Sarawak. Malah, sepanjang perjalanan dari Kuching ke Bandar Serian, majoriti perkampungan di kawasan ini didiami oleh masyarakat Bidayuh yang merupakan antara etnik terbesar di Sarawak.


Apa yang disediakan di Annah Rais sebenarnya amat lain daripada yang lain. Selain daripada rumah panjang yang menjadi ikon daerah ini, di Annah Rais juga menyajikan kehidupan harian sebenar masyarakat Bidayuh yang amat sukar dilihat dimana-mana.

Rumah panjang di Annah Rais merupak sebuah rumah panjang sebenar yang pernah didiami oleh penduduk setempat sebelum mereka beralih kepada kehidupan yang lebih moden dan memiliki rumah mereka sendiri. Di rumah ini, pengunjung boleh melihat sendiri corak kehidupan etnik Bidayuh pada zaman dahulu dengan setiap rumah dipisahkan dengan bilik-bilik berasingan untuk didiami oleh penduduk di kawasan berkenaan.


Jangan terkejut, andai anda mengunjungi rumah ini pada perayaan Gawai, rumah berkenaan masih kekal digunakan tetapi ianya lebih kepada pertunjukan kebudayaan yang dilakukan masyarakat setempat. Di rumah ini juga terdapat satu bilik khas yang menempatkan tengkorak-tengkorak mangsa headhunter yang diberinama The Headhouse atau Panggah.

Di bilik ini ditempatkan berpuluh-puluh tengkorak mereka yang terkorban dalam pertarungan maruah oleh pahlawan tempatan. Menariknya, bilik ini akan dibuka kepada pengunjung untuk dilawati dan pastikan anda bukan seorang yang penakut dan mempunyai penyakit jantung atau darah tinggi apabila memasuki bilik berkenaan. Tengkorak yang ada disini juga bukanlah replika kerana apa yang dipamerkan adalah tengkorak sebenar!

Selain daripada itu, terdapat aliran sungai yang menyegarkan mengalir di tepi kampung berkenaan yang menjadi tempat tumpuan untuk menghilangkan tekanan dengan aluran sungai yang amat menyenangkan. Bagi mereka yang ingin merasai kenyamanan udara dan kehidupan sebenar etnik Bidayuh di kawasan berkenaan, beberapa Homestay juga turut disediakan untuk para pengunjung dengan kadar harga yang amat berpatutan.


Disinilah sebuah perkampungan Bidayuh yang akan menyajikan kehidupan sebenar masyarakat Bidayuh tanpa perlu “melakonkan” kehidupan harian mereka. Mungkin disini bukan satu percutian yang “havoc” atau penuh dengan hiburan. Tetapi bagi mereka yang menyintai kedamaian dan mahu merasai nikmat kehidupan etnik Bidayuh, Annah Rais pastinya menyajikan sesuatu yang berlainan daripada tempat lain.

Di Annah Rais juga, para pengunjung boleh berakit menggunakan buluh dan jungle tracking, sambil menghayati keindahan alam semula jadi yang sentiasa dikekalkan oleh penduduk di kwasan ini.

Sumber: pru14.tv

Annah Rais, Menggamit Kehidupan Sebenar Masyarakat Bidayuh Di Sarawak Annah Rais, Menggamit Kehidupan Sebenar Masyarakat Bidayuh Di Sarawak Reviewed by Unknown on November 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.