Seo Services

Berkhatan Memberi Kesan Baik Terhadap Kesihatan: Talib

gambar hiasan
BINTULU: Masyarakat kini melihat berkhatan bukan sahaja sebagai tuntutan agama dan tradisi dalam Islam malah satu cara yang baik menjaga kesihatan.

Menteri Muda Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata berkhatan dari segi kesihatan memang banyak kesannya bukan sahaja sebagai tuntutan agama dan budaya.

“Saya lihat berkhatan telah menjadi aktiviti 1Malaysia semua kaum di sini yang mampu memupuk perpaduan,” katanya ketika merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Peringkat Bahagian Bintulu di Klinik Kesihatan (KK) Bintulu semalam.

Justeru, beliau berharap lebih ramai menyertainya pada masa depan memandangkan teknik berkhatan sekarang tidak menyakitkan kerana menggunakan peralatan lebih canggih, memiliki ubat dan pakar yang mempunyai latihan berkaitan.

Talib berkata, berbanding dahulu teknik berkhatan yang menggunakan cara tradisi memerlukan kanak-kanak berendam dalam air, diusung (diarak) sebelum dikhatankan atas batang pisang.

“Disebabkan itu anak-anak menyertai program ini sangat bertuah dan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Kesatuan Pembantu Perubatan Sarawak (KPPS) Cawangan Bintulu dan Panel Penasihat KK Bintulu dengan mengadakan majlis ini,” jelasnya.



Talib turut mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada penganjur bagi membiayai program tersebut.

Hadir sama isterinya, Datin Dr Zaliha Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga Pegawai Perubatan Menguasa KK Bintulu Dr Rawa Bau, Presiden KPPS Bintulu Winston Anding dan wakil Pengerusi Panel Penasihat KK Bintulu Kaderi Junaidi.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Azlee Ayub berkata berkhatan mempunyai banyak kelebihan bukan sahaja seseorang lelaki itu dapat mengelak jangkitan kuman salur kencing malah mengurangkan risiko kanser, penyakit kelamin dan dari segi psikologi kanak-kanak menuju ke alam dewasa.

“Sakit selepas berkhatan adalah fenomena normal tetapi kadar kesakitan adalah subjektif bergantung kepada persepsi kanak-kanak terbabit,” katanya.

Seramai 40 kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan diarak dengan paluan kompang oleh Kumpulan Hadrah Kebudayaan, Kebajikan dan Warisan Islam Al-Mutaqqim RPR Kidurong serta disiram dengan air menggunakan jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu.

Setakat ini, seramai 218 kanak-kanak telah mendaftar untuk dikhatankan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 22 November hingga 13 Disember depan. -UB
Berkhatan Memberi Kesan Baik Terhadap Kesihatan: Talib Berkhatan Memberi Kesan Baik Terhadap Kesihatan: Talib Reviewed by Unknown on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.