Seo Services

Bomba Bawa 28 Mangsa Kebakaran Daftar Di JPN


KUCHING: Pihak Bomba dan Penyelamat membawa seramai 28 mangsa yang terlibat dalam kebakaran empat buah rumah di Kampung Selipar Putus pada Isnin lalu ke Jabatan Pendaftaran Negara di UTC, disini pagi tadi.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara melalui satu khidmat khas pasca insiden oleh kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya.

Menurut jurucakap Bomba ketika dihubungi wakil Sarawakiana, pihaknya telah membawa kesemua 28 orang mangsa yang terjejas itu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) UTC menggunakan dua buah van pasukan yang diketuai oleh Timbalan Penguasa Bomba Christus Buson.

Difahamkan pihaknya juga telah menyediakan surat pengesahan kebakaraan bagi memudahkan prosedur urusan pendaftaran pengenalan diri mereka yang baharu.-Sarawakiana



Bomba Bawa 28 Mangsa Kebakaran Daftar Di JPN Bomba Bawa 28 Mangsa Kebakaran Daftar Di JPN Reviewed by Unknown on November 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.