Seo Services

Gaduh Kerana Isu Lembu


Sabak Bernam: Dua kumpulan lelaki bergaduh dipercayai kerana masalah membabitkan lembu di Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Sumber berkata, kejadian berlaku antara jam 10 malam itu menyebabkan beberapa kereta, motosikal dan harta benda rosak.

Menurutnya, kejadian bermula selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu pergi ke rumah lelaki dipercayai penternak lembu dan memecahkan cermin kereta yang diletakkan di hadapan rumah mangsa serta menyebabkan kerosakan pada cermin rumah serta beberapa motosikal.

"Satu jam kemudian, penternak berkenaan bersama beberapa rakannya datang ke rumah lelaki daripada kumpulan terbabit dan merosakkan pula kereta dan motosikal di hadapan rumah berkenaan.

"Pergaduhan antara dua kumpulan ini dipercayai akibat masalah membabitkan isu lembu, " katanya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemudian menghubungi polis dan pergaduhan dapat dikawal selepas kehadiran pihak berkuasa di lokasi berkenaan.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan selain langkah berjaga-jaga diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berlaku semula. -Metro

Gaduh Kerana Isu Lembu Gaduh Kerana Isu Lembu Reviewed by Unknown on November 25, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Perkara nie disebabkan kegagalan PBT... Polis , veterinar dan yg paling tak guna Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam sbb dah makan rasuah.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.