Kecaman rakyat Sabah ekoran pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata yang menceroboh Lahad Datu pada 2013 berterusan.
Hari ini, kira-kira 200 orang awam dan anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan usul meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengecam tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Usul itu diserahkan oleh Presiden Pakatan ProBarisan Nasional (BN), Zulkarnain Mahdar selaku jurucakap kumpulan itu kepada wakil Speaker DUN di pintu masuk bangunan DUN, di Kota Kinabalu, Rabu.
Bercakap kepada media selepas itu, Zulkarnain berkata usul itu bagi memohon Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali menyampaikan kepada anggota DUN supaya mengecam tindakan Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dikatakan bertanggungjawab mengaturkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel.
Katanya usul itu juga meminta sidang DUN membuat keputusan mengharamkan kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.
“Kami mahu mesej ini sampai kepada Nurul Izzah dan Tian Chua. Hati kami orang Sabah cukup terguris. Tindakan mereka ini membuka luka lama yang telah kami cuba lupakan trauma itu.
“Kami tidak mahu mereka menjejakkan kaki ke Sabah … sebagai tanda solidariti kepada keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban ketika (mempertahankan negara) dalam insiden (pencerobohan Lahad Datu) itu,” katanya.
Zulkarnain berkata usul itu adalah reaksi bagi mewakili seluruh penduduk Sabah yang kesal dengan tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua.
Semalam, beberapa Adun BN turut membangkitkan perkara sama dalam sidang DUN Sabah.- bnbbc.my
Usul haramkan Nurul Izzah, Tian Chua masuk Sabah
Reviewed by Admin
on
November 25, 2015
Rating:
Reviewed by Admin
on
November 25, 2015
Rating:

No comments: