Seo Services

Chong Wei Tamat Penantian 13 Tahun Terbuka China


KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran sulung Terbuka China selepas mengalahkan pilihan utama Chen Long pada final di Pusat Sukan Olimpik Haixia di Fuzhou, China, hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia itu menamatkan kemarau 13 tahun untuk pemain perseorangan lelaki negara merangkul gelaran itu selepas Wong Choong Hann pada 2002.

Chong Wei mula mengorak langkah ke final dengan menundukkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark di peringkat suku akhir diikuti musuh tradisinya Lin Dan dari China, yang juga pemain nombor tiga dunia, di separuh akhir.

Chong Wei mengekalkan momentum kejayaan apabila hanya mengambil masa 50 minit untuk mengecewakan Chen Long, selaku pemain nombor satu dunia dari China, dalam straight set 21-15 dan 21-11.

Pencapaian itu sekali gus melunaskan dendam terhadap Chen Long yang menafikan impian Chong Wei untuk meraih gelaran dunia sulung pada final Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos lepas.

Atas kejayaan itu, Chong Wei, 32, membawa pulang hadiah wang tunai US$52,500 (RM230,474) manakala Chen Long, selaku naib juara, meraih wang tunai US$26,600 (RM115,774).

KEPUTUSAN FINAL:

(NOTA: Kurungan [ ] menandakan pemain pilihan)

LELAKI:

Perseorangan

LEE CHONG WEI (MAS) mn [1] Chen Long (CHN) 21-15, 21-11

Beregu

Kim Gi Jung/Kim Sa Rang (KOR) mn [6] Chai Biao/Hong Wei (CHN) 21-13, 21-19

WANITA:

Perseorangan

[6] Li Xuerui (CHN) mn [1] Saina Nehwal (IND) 21-12, 21-15

Beregu

Tang Yuanting/Yu Yang (CHN) mn [1] Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (JPN) 18-21, 21-13, 21-12

Beregu Campuran

[1] Zhang Nan/Zhao Yunlei (CHN) mn [5] Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) 21-19, 17-21, 21-19.

-- BERNAMA
Chong Wei Tamat Penantian 13 Tahun Terbuka China Chong Wei Tamat Penantian 13 Tahun Terbuka China Reviewed by Unknown on November 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.