Seo Services

Isu Vape : Antara Keizinan Dan Penentangan


Berbicara tentang isu vape ini, semuanya semakin kalut dan semakin bercelaru. Manakan tidak, masing-masing mempunyai pro dan kontra terhadap isu ini. ada yang menyokong kononnya ia membantu perokok tegar dapat menghilangkan ketagihannya. Malah bagi yang menyokong, ada yang mengatakan vape merupakan salah satu cara anak muda Melayu berniaga dan memperolehi keuntungan yang lumayan.


Namun bagi pihak yang menetang, pelbagai alasan diutarakan antaranya flavour yang disediakan pada vape berkenaan berkemungkinan disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mencampurkan flavour berunsur dadah dan berkemungkinan penyalah gunaan nikotin didalam flavour berkenaan.

Mungkin tindakan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan dilihat terlalu drastik dengan mengarahkan rampasan botol-botol flavour yang dijual dipasaran hari ini yang mana didapati mengandungi kandungan nikotin yang tinggi. Namun untuk menyalahkan pihak kementerian semata-mata adalah tidak adil.

Ada diantara pereka-pereka flavour ini mengambil kesempatan dengan mewujudkan sesuatu yang dilihat menyalahgunakan kebebasan yang diberi. Hanya akibat tindakan segelintir, mereka yang benar-benar mengusahakan vape ini menjadi mangsa.

Dalam hal ini, mungkin tindakan beberapa negara di dunia hari ini boleh dijadikan contoh terbaik bagi merungkai permasalahan vape yang membelenggu golongan muda dan Kementerian Kesihatan hari ini.

1. Kanada membenarkan pengimportan, penjualan dan pengiklanan vape namun tidak menyokong sebarang penjualan atau pengiklana yang mengandungi nikotin dan mempunyai unsur dadah.

2. Mexico pula melarang sebarang bentuk jualan dan promosi objek bukan tambakau yang merangkumi unsur-unsur secara amnya dikaitkan dengan produk tembakau.

3. Panama melarang sebarang pengimportan, pengedaran dan penjualan vape sejak Jun, 2009.

4. Brazil melarang keras sebarang bentuk penjualan, pengimportan dan pengiklanan sebarang jenis vape.

5. Kabinet Lubnan pula mengharamkan penjualan dan penggunaan vape sejak September 2011.

6. Emiriah Arab Bersatu pula mengharamkan terus sebarang penjualan dan penggunaan produk tembakau dan vape.

7. Australia pula menggariskan setiap bentuk nikotin kecuali untuk terapi gantian dak rokok dianggap sebagai bentuk racun. Ini tidak terkecuali produk yang digunakan untuk vape.

8. Singapura pula melarang penggunaan Vape mengikut Seksyen 16 (1) (Kawalan Iklan dan Penjualan) Akta Tembakau yang telah dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

9. Thailand, negara jiran Malaysia telah mengharamkan sebarang bentuk penggunaan vape di negara berkenaan.

10. Hong Kong pula menetapkan penjualan dan pemilikan berasaskan nikotin rokok elektronik diklasifikasikan sebagai racun dibawah pentadbiran Farmasi dan Ordinan Racun, Penjualan atau pemilikan tidak dibenarkan dan kedua-duanya boleh dihukum denda sehingga HK$ 100,000 dan / atau penjara sehingga 2 tahun.

Dalam hal ini, baik pengusaha, peniaga dan Kementerian harus duduk semeja bagi membincangkan hala tuju dan ketetapan yang boleh diterima oleh semua pihak. Disaat ramai yang membantah sebarang tindakan undang-undang terhadap penjualan ini, ianya seharusnya dapat diseleraskan supaya tiada lagi kekeliruan timbul diatas tindakan penguatkuasaan seperti sebelum ini.-MYNEWSHUB.CC
Isu Vape : Antara Keizinan Dan Penentangan Isu Vape : Antara Keizinan Dan Penentangan Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.