Seo Services

Video: Peninju MMA Berlagak, Tumbang Lepas 9 Saat



BENAR kata orang, jangan sesekali pandang rendah dengan kebolehan orang lain dan jangan berlagak, silap-silap nanti malu yang dapat!

Itulah yang berlaku kepada seorang peninju Mixed Martial Art (MMA) ini selepas muncul dengan lagak ‘poyo’ di hadapan orang yang hadir.

Jason Solomon, 29 tahun; yang mewakili Delhi berjaya ditumbangkan dalam masa 9 saat selepas perlawanan itu dimulakan.

Menurut jurucakap perlawanan itu, Jason masuk dengan gaya berlagak, menyanyi rap dan cuba mengorat wanita yang hadir di situ.

Namun aksi tersebut tidak menjanjikan apa-apa kerana dengan satu tumbukan padu oleh pihak lawan, Amitesh Chaubey, 23 tahun, dari Mumbai berjaya menjatuhkan Jason.

Memang mengejutkan, namun itulah padahnya kalau suka menunjuk-nunjuk pada orang ramai serta perkecilkan kebolehan orang lain. – MYNEWSHUB.CC


Video: Peninju MMA Berlagak, Tumbang Lepas 9 Saat Video: Peninju MMA Berlagak, Tumbang Lepas 9 Saat Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.