Seo Services

'Leadership And Taking Charge : Make A Difference', Tema Hari Perkhidmatan Awam Tahun Ini


Leadership & Taking Charge : Make A Difference merupakan tema Hari Perkhidmatan Awam 2015 pada tahun ini yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Satem bertempat di Borneo Convention Centre Kuching pada 18 November kelak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Hj Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, idea tema tersebut tercetus setelah melihat betapa pentingnya sifat kepimpinan dan ‘taking charge’ setiap penjawat awam dalam menjalankan tugas seharian.

"Mereka (penjawat awam) bertanggungjawab dalam memastikan proses penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan membuat keputusan dengan cepat, tepat dan tersusun,"

"Apa yang saya lihat perkhidmatan awam di Sarawak khususnya meningkat dan mereka menjalankan tugas dengan baik..tindakan juga diambil dengan segera contohnya aduan-aduan di talian perkhidmatan yang dilakukan dengan begitu lancar sekali,"

Beliau berkata sedemikian mengadakan Sidang Media Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2015 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching, pagi tadi.

Tambahya lagi, seramai lebih 7000 orang penjawat awam dari kerajaan negeri dan juga persekutuan di Sarawak akan hadir bagi meraikan sumbangan penjawat awam yang telah bekerja keras sepanjang tahun dengan program tranformasi dan pembangunan di negeri Sarawak khususnya dan negara secara amnya.

"Lebih menarik lagi pada Hari Perkhidmatan Awam kelak, perkhidmatan ‘shuttle bus’ dari tempat yang strategik akan disediakan untuk mambawa kontinjen jabatan dan agensi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas pada hari berkenaan,"

"Penjawat awam adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut manakala pihak agensi Negeri dan Persekutuan akan menentukan 'pick-up' and 'drop-off point' yang bersesuaian,"

Sebanyak 25 anugerah yang akan disampaikan termasuk dua anugerah baharu yang diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan (AKP) bagi menghargai sumbangan jabatan-jabatqan penguatkuasaan dan Anugerah Pengurusan Aduan (APA) bagi mengiktiraf agensi yang mempunyai pengurusan aduan terbaik sepanjang tahun. - Sarawakiana
'Leadership And Taking Charge : Make A Difference', Tema Hari Perkhidmatan Awam Tahun Ini 'Leadership And Taking Charge : Make A Difference', Tema Hari Perkhidmatan Awam Tahun Ini Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.