MIRI: Jumlah mangsa banjir di Lawas, Limbang yang dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Masyarakat Trusan, Lawas bertambah kepada 55 orang daripada 18 keluarga setakat pukul 4.30 petang ini, berbanding 48 sebelum ini.
Jurucakap pejabat daerah Lawas berkata kesemua mangsa itu berasal dari Kampung Seberang Kedai, Kampung Gelapas, Kampung Tengah dan Kampung Masjid.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menasihatkan semua penduduk Lawas menyimpan air bagi kegunaan harian kerana catuan bekalan air akan dilakukan.
"Sungai Batang Trusan sedang mengalami tahap air yang tinggi buat masa ini dan bagi menjaga keselamatan loji jika air semakin naik, pam elektrik di loji rawatan Trusan akan ditutup," katanya.
JKR Lawas berkata, pam elektrik itu akan beroperasi semula jika air sungai kembali surut.
-- BERNAMA
Jumlah Mangsa Banjir Bertambah, JKR Lawas Mula Catuan Air
Reviewed by Unknown
on
November 25, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
November 25, 2015
Rating:

No comments: