Seo Services

Tanda-Tanda Perpaduan Masih Utuh Di Malaysia


Negara kita baru-baru ini dikejutkan dengan pelbagai kes seperti kejadian yang berlaku semalam di Kajang apabila video viral dari ‘Facebook’ cubaan tiga orang lelaki India merogol seorang wanita Melayu. 

Apa yang uniknya, rakan-rakan India yang lain mendengar jeritan meminta tolong dari mangsa dan bergegas menolong menangkap tiga jenayah India tersebut.

Semalam dikejutkan dengan berita seorang perempuan Melayu di Ampang turut dibantu oleh jiran yang berbangsa cina bagi menghubungi polis setelah menyedari penjenayah berada di dalam rumahnya.

Sebelum ini berita gempar apabila seorang kanak-kanak Cina berusia lima tahun diculik oleh dua lelaki di hadapan sebuah tadika Sungai Chua. Ibu bapa mangsa memuat naik gambar anak mereka ke akaun Facebook untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

Kanak-kanak tersebut akhirnya dijumpai oleh seorang pemandu teksi berbangsa Melayu dalam keadaan selamat setelah lapan jam hilang, dan pemandu teksi tersebut terus menghantar mangsa culik ke rumah keluarga mangsa.

Seorang lelaki Cina dihina oleh seorang lelaki barat semasa di dalam tren di Singapura dan seorang lelaki Melayu mempertahankan lelaki Cina tersebut di mana video tersebut pernah di viralkan dalam Facebook.

Inilah antara petanda-pertanda yang bagus bahawa tiada isu perkauman yang abadi dalam saat kecemasan dan menangani jenayah. Kita tidak sepatutnya melabelkan semua penjenayah itu melalui bangsanya. 

Kesimpulannya, bersama-sama kita bekerjasama mencegah jenayah secara bersepadu tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengekalkan keharmonian di dalam negeri ini.-Sarawakiana
Tanda-Tanda Perpaduan Masih Utuh Di Malaysia Tanda-Tanda Perpaduan Masih Utuh Di Malaysia Reviewed by Unknown on November 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.