Seo Services

Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Limbang Meningkat


MIRI - Mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Dewan Masyarakat Medamit, Limbang terus meningkat dengan 303 orang daripada 105 keluarga ditempatkan di dewan berkenaan pagi ini.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Limbang Subuh Posa berkata, kesemua mangsa banjir berasal dari Kampung Hujung Medamit.

Mangsa banjir di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas pula meningkat kepada 58 orang daripada 16 keluarga, katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Beliau berkata, mangsa banjir berkenaan berasal dari Kampung Gelapas, Kampung Seberang Kedai, Kampung Masjid, Kampung Tengah dan Kampung Balai.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi-agensi lain telah menyalurkan pelbagai bantuan termasuk makanan dan minuman. - BERNAMA
Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Limbang Meningkat Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Limbang Meningkat Reviewed by Unknown on November 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.