Seo Services

Kerajaan Umum Keputusan Kajian Semula AES Awal Tahun Depan


Kerajaan akan mengumumkan awal tahun depan keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Katanya, kerajaan mahu mempastikan bahawa AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).

“Kita perlu pastikan ia boleh dilaksanakan dan tidak ada masalah pada sistem itu.

“Sebab itu bila masanya sesuai, saya akan buat pengumuman, tetapi sekarang ia masih dikaji,” katanya pada sidang akhbar selepas upacara pecah tanah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam di sini.

Liow berkata pada masa ini terdapat 14 kamera AES masih berfungsi.

“Kita tidak menghentikan sistem AES. Mereka yang dikenakan saman tetap kena bayar,” kata beliau. – BERNAMA
Kerajaan Umum Keputusan Kajian Semula AES Awal Tahun Depan Kerajaan Umum Keputusan Kajian Semula AES Awal Tahun Depan Reviewed by Unknown on November 15, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.