Seo Services

Langkah Proaktif Kerajaan Mantapkan Ekonomi


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata kemampuan kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk rakyat pada Bajet 2016 adalah hasil langkah proaktif dan pertimbangan tepat kerajaan dalam memantapkan ekonomi domestik.

Perdana Menteri berkata, langkah itu membuatkan Malaysia mampu bertahan daripada ketidaktentuan ekonomi global termasuk penguncupan ekonomi utama seperti China.

"Kita mampu mengharungi kegawatan ekonomi tidak seperti krisis yang berlaku pada 1997, kali ini kita berjaya teruskan program untuk kesejahteraan rakyat dan penjawat awam.

"Kita bina ketahanan kepada ekonomi negara dan pendapatan kerajaan bila perkenalkan rasionalisasi subsidi dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang mana pendapatan ini kita pulang balik kepada rakyat.

"Kalau kita ambil langkah tepat dan bekerjasama sebagai satu pasukan pasti kita mampu hadapi apa juga keadaan," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini sebentar tadi. - BH
Langkah Proaktif Kerajaan Mantapkan Ekonomi Langkah Proaktif Kerajaan Mantapkan Ekonomi Reviewed by Unknown on November 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.