Seo Services

Lelaki Berkain Putih Mencemaskan Orang Ramai


BINTULU: Orang ramai yang mengadakan aktiviti meredah hutan Bukit Tanjung Batu (Pantai Temasya) terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki berbaring di tengah laluan dengan tubuhnya berbalut kain putih sekitar jam 8 pagi semalam.

Kehadiran lelaki yang dikatakan tidak siuman itu disedari seorang penduduk yang lalu di jalan denai itu dan ternampak lelaki terbabit dalam keadaan berbalut dengan kain putih.

Bimbang dengan keadaan itu, lelaki tersebut terus melarikan diri kerana takut kejadian tidak diingini berlaku.

Orang awam lain yang turut melalui jalan denai itu bertindak pantas menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu disusuli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Bintulu bagi membuat pemeriksaan.

Anggota bomba dan JPAM yang tiba di lokasi lelaki berkenaan mendapati dia sedang nyenyak tidur.

Setelah dikejutkan, baharulah lelaki tersebut bangun dan dia mulanya tidak mahu bangun dan berganjak dari lokasi itu yang merupakan laluan pejalan kaki.

Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit memujuk lelaki itu agar meninggalkan kawasan terbabit sebelum membawanya keluar dari tempat rekreasi tersebut.

Difahamkan lelaki kurang siuman itu sering berjalan sekitar kawasan Medan Jaya dan Tanjung Batu di sini.-UB



Lelaki Berkain Putih Mencemaskan Orang Ramai Lelaki Berkain Putih Mencemaskan Orang Ramai Reviewed by Unknown on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.