KUALA LUMPUR 5 Nov. - Kerajaan berjanji akan meneruskan bantuan kepada masyarakat India bagi membantu kaum itu meningkatkan struktur, budaya dan ekonomi agar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sejak dahulu komited untuk membantu setiap kumpulan etnik negara ini supaya pembangunan negara benar-benar bersifat inklusif, mampan, adil dan saksama.
"Kita mahu setiap kumpulan etnik besar atau kecil mengecapi nikmat daripada pembangunan negara supaya mereka tidak merasa ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya dalam ucapan ketika majlis penyampaian geran Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kaum India di sini hari ini.
Turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam yang juga menteri kesihatan.
Najib berkata, sejak pentadbirannya pada tahun 2009, pelbagai inisiatif bantuan mula rancak diberikan kepada masyarakat India termasuk bantuan ekonomi melalui Tekun, SME dan Amanah Ikhtiar Malaysia. - BERNAMA
Najib janji bantuan kepada masyarakat India akan diteruskan
Reviewed by Admin
on
November 05, 2015
Rating:
No comments: