IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Polis akan mengemukakan permohonan untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kesemua suspek dalam kes pembunuhan kejam di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah, yang akan berakhir Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri, ACP Goh Kok Liang berkata pihaknya berbuat demikian kerana siasatan kes itu belum lengkap.
Beliau berkata kesemua suspek kes itu, yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak mereka, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah pagi esok untuk mendapatkan perintah tersebut.
Sebelum ini, kesemua suspek ditahan reman tujuh hari mulai 27 Okt lepas dan disambung lagi selama empat hari pada Isnin lepas
Goh juga berkata polis belum menerima keputusan analisis sampel DNA diambil daripada waris kesemua empat mangsa yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam itu.
"Siasatan masih diteruskan bagi mencari bukti lain yang boleh dikaitkan dengan kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Polis Akan Minta Tempoh Tahanan Reman Suspek Kes Bunuh Tapah Dilanjut
Reviewed by Admin
on
November 05, 2015
Rating:
No comments: