MIRI, 5 Nov (Bernama) -- Seramai 550 murid dari tiga sekolah rendah yang terletak di kawasan pekan dan pedalaman Bintulu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat banjir.
Jabatan Pendidikan Sarawak berkata tiga sekolah yang terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nyalau, SK Kuala Kebulu dan SK Sungai Bukit Balai melibatkan 550 murid, 52 guru dan 20 kakitangan bukan guru.
"Sekolah yang ditutup perlu digantikan pada hari Sabtu," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan di Kuching hari ini.
-- BERNAMA
Banjir: Tiga Sekolah Rendah Ditutup Di Bintulu
Reviewed by Admin
on
November 05, 2015
Rating:
No comments: