Seo Services

Najib Lahirkan Takziah Atas Kematian Bekas Speaker


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih di atas pemergian bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Razali Wan Mahussin.

"Terima berita sedih mantan Speaker Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Moga roh dirahmati Allah," katanya dalam catatan terkini di laman Facebook dan Twitter beliau.

Wan Razali, 64, meninggal dunia pada 5.30 petang tadi di Kuantan Medical Centre akibat komplikasi kencing manis dan darah tinggi.

Allahyarham berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang mulai 11 Dis 1999 hingga 3 April 2013.

Beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang peringkat daerah Pekan pada tahun 2013.

Adik Allahyarham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Wan Kadri Wan Mahussin berkata, abangnya dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan setelah mengadu sakit dada semasa berada di rumahnya di Indera Mahkota Dua kira-kira pukul 4 petang.

"Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 5.10 petang di sisi anggota keluarga yang terdekat setelah hampir sejam diberikan rawatan cemas," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Wan Kadri berkata, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kampung Belimbing untuk dikebumikan malam ini.

Wan Razali pernah menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Exco) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan.

Allahyarham adalah juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini untuk empat penggal berturut-turut selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Bagaimanapun, pada PRU ke-10 pada tahun 1999, Allahyarham tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Jafri Ab Rashid.

Beliau mula menyertai dunia politik pada 1980 sebagai Ketua UMNO Cawangan Kampung Belimbing, kemudian dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan pada tahun 1994.

Sebelum menyertai politik, Allahyarham pernah menyandang jawatan Ketua Kampung Belimbing selama lapan tahun, dari 1974 hingga 1982. -mstar
Najib Lahirkan Takziah Atas Kematian Bekas Speaker Najib Lahirkan Takziah Atas Kematian Bekas Speaker Reviewed by Unknown on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.