Seo Services

Suami Lapor Polis Isteri Hilang Bersama Dua Anak


SIBU: Seorang suami membuat laporan polis selepas menyedari isterinya telah menghilangkan diri bersama dua anak perempuannya pada 20 November lepas.

Kejadian disedari sekitar jam 8.10 malam apabila hasrat pengadu menyambut ketibaan isterinya yang dikenali sebagai Caroline Rundai Simpang, 24 dan dua anak perempuan di Terminal Bas Ekspres, Jalan Pahlawan tidak kesampaian.

Dua anak perempuannya dikenali sebagai Camelia Gadong Jeffry, 5 dan Francisca Mericha Jeffery, 9 bulan.

Isteri bersama dua anak mereka dijadual tiba dari Miri sekitar jam 2 petang dan pengadu terpaksa menunggu di terminal bas sehingga jam 8.10 malam namun kelibat isteri dan dua anaknya tiada.

Salah seorang pemandu bas ekspres di terminal itu ketika ditanya pengadu memberitahu bahawa dia ada ternampak seorang wanita bersama seorang kanak-kanak dan bayi perempuan turun di terminal bas ekspres tersebut.

Difahamkan sebelum ini, pengadu berselisih faham dengan isterinya selepas mendapat tahu isterinya ada berhubung dengan seorang lelaki dikenali melaui laman sosial Facebook.

Bimbang akan keselamatan isteri dan dua anak perempuannya yang masih kecil, pengadu telah tampil membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu.-UB
Suami Lapor Polis Isteri Hilang Bersama Dua Anak Suami Lapor Polis Isteri Hilang Bersama Dua Anak Reviewed by Unknown on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.