Seo Services

Pemandu Kereta Maut Rempuh Belakang Lori


LUNDU: Seorang pemandu terbunuh setelah terlibat dalam satu kemalangan di jalan Stungkor Lama disini petang kelmarin.

Mangsa Joney Jihan, 47 berasal dari Kampung Stungkor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori menyebabkan mangsa tersepit.

Menurut Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong, mangsa yang memandu Proton Saga merempuh belakang lori yang diletakkan di bahu jalan.

“Pemandu lori yang keluar dari kenderaan sejurus terdengar bunyi dentuman dari arah belakang lori mendapati kereta mangsa melanggar belakang lori tersebut,” tambahnya.

Seramai lapan orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lundu bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam keretanya.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana

Pemandu Kereta Maut Rempuh Belakang Lori Pemandu Kereta Maut Rempuh Belakang Lori Reviewed by Unknown on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.