KUALA LUMPUR: Pemegang kad perlindungan kesihatan yang tidak peka, mungkin terpaksa mengeluarkan belanja daripada poket sendiri untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Ini adalah kerana individu itu tidak memahami secara terperinci dasar atau polisi perlindungan kesihatan mereka.
Situasi sebegini menyebabkan syarikat perlindungan kesihatan sering kali dipersalahkan, namun pada hakikatnya, mungkin pengguna sendiri yang terlepas pandang semua butiran yang termaktub dalam polisi perlindungan itu.
Sebagai seorang pemegang perlindungan kesihatan atau kad panel klinik, terdapat beberapa amalan terbaik atau ‘best practice’ yang perlu dipraktikkan kerana kad yang mempunyai ‘employee benefits’ berperanan lebih daripada hanya menyediakan kemudahan rawatan bebas tunai.
Jikalau seseorang itu tidak memahami dan memantau penggunaan kad medikalnya secara betul, kemungkinan besar kad individu tersebut akan disalahgunakan.
Kesedaran tentang kegunaan kad klinik panel dapat memastikan hak seseorang itu sebagai pemegang kad dijamin.
Berikut adalah 3 perkara yang anda mesti tahu sebagai pemegang kad klinik panel.
1. Mesti tahu isi kandung kontrak-polisi anda
(a) semak dan fahami butiran maklumat yang terkandung dalam skim perlindungan kesihatan yang dilindungi syarikat/insuran;
(b) semak dan fahami kadar perlindungan tuntutan dan pampasan.
2. Perlu arif dengan caj rawatan yang dikenakan
(a) pastikan anda mendapat semua resit transaksi;
(b) untuk mengelakkan diri daripada terperangkap dengan ‘caj tersembunyi’.
3. Mesti tahu proses tuntutan
Ketua Pengarah Eksekutif MCOcare Sdn Bhd Dr Radzi Aziz menegaskan supaya membuat perbandingan secara teliti dan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkenaan untuk memastikan pemahaman insurans kesihatan ditingkatkan sekaligus mengelakkan sebarang ketidakfahaman dan sengketa antara individu dan syarikat insurans. -Awani
Pemegang Kad Klinik Panel: 3 fakta Anda Perlu Tahu
Reviewed by Unknown
on
November 26, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
November 26, 2015
Rating:

No comments: