KOTA KINABALU; Selepas hampir setengah tahun diculik, pemilik dan pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dibebaskan dan bersatu dengan keluarganya di Sandakan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika mengesahkan laporan itu berkata, kejayaan itu susulan rundingan selama beberapa bulan dan usaha bersepadu antara pihak berkuasa berkaitan di pelbagai peringkat untuk membebaskan dua tebusan berkenaan.
“Kami percaya salah seorang tebusan itu telah dibebaskan. Saya yakin keluarga mereka tidak sabar menunggu kepulangan mereka.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras untuk membawa pulang tebusan itu.
“Pada masa sama, saya menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya sentiasa berjaga-jaga setiap masa dan menjaga sempadan kita daripada sebarang pencerobohan,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.
Thien adalah seorang daripada dua rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dari sebuah restoran makanan laut, The Oceans King di Sandakan, pada 15 Mei lalu. -Rakyat Post
Pengurus Restoran Dibebaskan, Selepas Hampir Enam Bulan Diculik.
Reviewed by Unknown
on
November 09, 2015
Rating:
No comments: