Seo Services

Program HIPERS Dilancarkan Di 50 buah SekolahTerpilih - Adenan


KUCHING: Program 'High Performing Rural Schools' (Hipers) ini menfokuskan kepada empat golongan sasaran utama iaitu pelajar, guru sekolah, ibu bapa dan komuniti-komuniti yang terpilih dalam Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Bin Haji Satem berkata program tersebut bukan hanya menjurus kepada aktiviti akademik namun juga pogram bukan akademik seperti kokurikulum, kepimpimpan pelajar dan juga penglibatan pelajar dalam bidang lain.

Program ini bakal memberi peluang kepada para guru dan sekolah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran supara lebih berkesan dalam meningkatkan prestasi murid masing-masing. 

"Seramai 200 orang akan menyertai bengkel pertama Hipers selama tiga hari mulai hari ini dengan penjenamaan semula pelbagai program yang holistik bagi memperkasakan sekolah-sekolah di luar bandar di seluruh negeri Sarawak," katanya pada Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak ke 23 dan Pelancaran Program Hipers.

Beliau berkata, bahawa kesedaran perlu ada demi pembangunan pendidikan di negeri Sarawak ini di mana ibu bapa dan komuniti harus memainkan peranan penting dan bertanggungjawab.

Tan Sri Adenan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak pada tahun ini khasnya kepada pengetua, guru besar, guru-guru, PIBG dan serta para pelajar 

"Segala pengorbanan dan sumbangan besar para pendidik dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan memajukan negara adalah tiada tandingnya,

"Kerjasama serta sokongan pihak ibu bapa dan komuniti juga adalah amat dihargai kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam menentukan sesebuah sekolah," tambahnya. -Sarawakiana
Program HIPERS Dilancarkan Di 50 buah SekolahTerpilih - Adenan Program HIPERS Dilancarkan Di 50 buah SekolahTerpilih - Adenan Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.