Seo Services

Seramai 500 Orang Seratai Program Pemerkasaan Wanita Lundu


LUNDU: Seramai 500 orang NGO Wanita, Ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah sekitar daerah Lundu telah menyertai Program Pemerkasaan Wanita Lundu yang telah dianjurkan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bersama Pusat Khidmat N.3 Tanjung Datu di Stadium Tertutup Daerah Lundu yang telah berlangsung pada 12 dan 13 November.

Kerajaan sentiasa menggalakan para wanita untuk memperkasakan penglibatan mereka dalam pelbagai bidang kejaya.

Demikianlah kata Isteri Ketua Menteri Sarawak, Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu, ketika menyempurnakan Majlis Penutupan program tersebut disini sebentar tadi.

Antara program yang telah berlangsung ialah Kursus Anyaman Kreatif, Kursus Solekan dan Andaman, kursus membuat Mi kuning, kursus Gubahan Sayur dan Kursus membuat Cup Cake Foundant.

“Melalui program dan krusus ini boleh melatih peserta mahupun para wanita dan ibu tunggal yang telah mengambil bahagian mempelajari kaedah dan teknik yang betul untuk melalui krusus yang telah disertai,” katanya.

Tambahnya, dengan ilmu yang telah diperolehi daripada kursus jangka pendek ini dapat membantu ekonomi para wanita dan meningkatkan keyakinan diri untuk melangkah terus maju dalam usaha menjana pendapatan yang lebih walau dengan modal secara kecil-kecilan.

“Saya berharap wanita khasnya suri rumah dan ibu tunggal akan mengambil kesempatan melalui penyertaan kursus tersebut bagi meningkatakn penglibatan wanita dalam bidang ekonomi di negeri Sarawak ,” tegasnya.

Beliau juga mencadangkan agar para peserta berkecimpung dalam bidang pelancongan seperti “Homestay” kerana Lundu ini sering mengadakan majlis keramaian, maka timbul masalah penginapan.

“Oleh yang demikian, rebutlah peluang ini kerana dalam pada kekurangan itu banyak peluang yang boleh kita ambil jika sekiranya kita sentiasa bijak menghidunya,” ujarnya.

Terdahulu, tenaga pengajar yang dilantik terdiri daripada pusat kemahiran yang diiktirafkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) seperti Pusat Latihan Kraftangan Epal untuk mengendalikan Kursus Jahitan Kreatif, Pusat Kecantikan D'Zurainas bagi Kursus Kecantikan dan Spa serta Yahos School of Skill Sdn Bhd untuk Kursus Masakan.

Bagi kursus kecantikan dan spa peserta turut diajar untuk mengendalikan Mobile Spa Unit bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan rawatan kecantikan dan spa dari rumah ke rumah. – Sarawakiana
.
Seramai 500 Orang Seratai Program Pemerkasaan Wanita Lundu Seramai 500 Orang Seratai Program Pemerkasaan Wanita Lundu Reviewed by uMieySurianie on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.