Seo Services

Sembilan Sekolah Kebangsaan Di DUN Nangka Terima Buku Daripada Yayasan Asia

SIBU, 13 Nov (Bernama) -- Sembilan sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di sini akan menerima 500 buku berbahasa Inggeris sumbangan pertubuhan pembangunan antarabangsa, Yayasan Asia.

Sekolah berkenaan - Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali, SK Agama, SK St Mary, SK Nanga Bon, SK Ulu Sungai Merah, SK Batu 10, SK Bahagia Jaya, SK Batu 15 dan SK Bandaran No.3 dipilih menerima sumbangan itu oleh Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapaee dalam catatan di laman Facebook DUN Nangka hari ini berkata, buku itu akan digunakan untuk program 'I speak English' yang disasarkan untuk membantu murid Tahun Satu belajar Bahasa Inggeris bermula tahun depan.

"Berhubung perkara sama, ahli Persatuan Graduan Bumiputera Sibu juga secara sukarela akan membantu melaksanakan program ini," katanya.

Dr Annuar berkata penggunaan buku dengan pelbagai tajuk itu akan dibuat secara bergilir di kesemua sembilan sekolah berkenaan agar semua murid mendapat faedah daripadanya.

Penyerahan buku itu dilakukan di Universiti Malaya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berharap semua buku itu yang akan dihantar ke Sibu, sempat sampai sebelum sesi baru persekolahan bermula Januari ini.

Sumbangan itu adalah di bawah Program Buku Untuk Asia oleh yayasan berkenaan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan di benua ini.

-- BERNAMA
Sembilan Sekolah Kebangsaan Di DUN Nangka Terima Buku Daripada Yayasan Asia Sembilan Sekolah Kebangsaan Di DUN Nangka Terima Buku Daripada Yayasan Asia Reviewed by Admin on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.