LONDON - Satu keluarga rakyat Malaysia yang sedang bercuti di Paris pada mulanya mahu makan malam di kedai piza berhampiran restoran Le Petit Cambodge, tetapi membatalkan hasrat mereka kerana ia sudah penuh.
Tanpa disedari, langkah itu telah menyelamatkan nyawa mereka kerana restoran tersebut menjadi antara sasaran serangan pada Jumaat malam.
"Ia penuh kerana ia Jumaat malam. Jadi kami mengambil keputusan untuk makan malam di Place de la Republique (Dataran Republik) yang hampir dengan hotel kami, yang terletak kira-kira lapan minit perjalanan daripada restoran yang diserang itu," kata Muhammad Afifi Che Rawi, 30, yang dihubungi Bernama dari sini.
Ketika kembali ke hotel mereka, beliau berkata, kereta polis telah mula memenuhi laluan ke arah Alibert Street, di mana terletaknya Le Petit Cambodge.
"Pada masa itu juga saya menerima berita mengenai beberapa serangan di Paris," katanya yang ke Paris bersama isterinya Shuhada A. Karim, 29, dan anak mereka Imaan, dua tahun. - Bernama
Rakyat Malaysia Bernasib Baik Tidak Berada Di Restoran Diserang
Reviewed by Admin
on
November 14, 2015
Rating:
No comments: