Seo Services

RM500 Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Sabah


Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri pada pembentangan Bajet 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pemberian bantuan khas itu membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM8.16 juta.

"Kerajaan juga menghargai komitmen dan sumbangan para penjawat awam negeri yang menunjukkan kegigihan dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai agen penyampaian perkhidmatan kerajaan.

"Untuk itu, selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas sebanyak RM500 untuk semua anggota perkhidmatan awam negeri Sabah," katanya ketika membentang Bajet Sabah 2016 di DUN Sabah, petang tadi.

Musa berkata, bayaran bantuan khas itu akan dibuat serentak dengan bayaran gaji pada bulan Januari 2016. -Metro
RM500 Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Sabah RM500 Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Sabah Reviewed by Unknown on November 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.