Seo Services

Rumah Mampu Milik dan Syarat-syarat Penting

Sejak kebelakangan ini, Bajet yang dibentang oleh Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia sering menyentuh peruntukan rumah mampu milik, rumah kos rendah, rumah mesra rakyat dan sebagainya. Melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad akan melaksanakan setiap projek kemajuan rumah tersebut.

Konsep Rumah Mampu Milik yang dimajukan oleh SPNB memberi keselesaan kepada pemilik serta berharga serendah RM35,000 tertakluk kepada negeri-negeri. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan 2 buah tandas dan lebih mesra pengguna.

Di Sarawak sahaja harga rumah mampu milik tertakluk pada kerajaan negeri di mana pada masa kini rumah yang berkeluasan 700 kps berharga dari RM50,000. Keluasan 750 kps pula berharga dari RM70,000 dan yang berkeluasan 800 kps bermula dari RM100,00. Ia tertakluk kepada terma dan syarat.

Rumah-rumah di bawah Skim RMM adalah terbuka kepada semua kecuali bagi Rumah Kos Rendah dan bagi mana-mana pembelian rumah yang tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri.

Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik – Kos Rendah, pembeli haruslah berdaftar dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan Kos Rendah) atau datang terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik - Kos Sederhana Rendah, terdapat beberapa buah negeri yang menentukan syarat-syarat tertentu untuk memilikinya.

Manakala, lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai boleh dibeli terus melalui SPNB.

Syarat untuk memilik Rumah Mampu Milik kos rendah yang dimajukan oleh SPNB pula tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing dan rujuk kepada SUK negeri dimana projek tersebut dimajukan.

SPNB mengguna pakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri yang menggariskan syarat penting yang harus dipenuhi oleh pemohon.

Warga Negara Malaysia

Berumur 21 hingga 50 tahun

Tidak memiliki rumah atau tanah untuk mendirikan rumah di Malaysia

Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,000.
Rumah Mampu Milik dan Syarat-syarat Penting Rumah Mampu Milik dan Syarat-syarat Penting Reviewed by Admin on November 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.