PELAKON kesayangan ramai, Lisa Surihani terkilan apabila gambar anaknya, Yahaira Leanne diambil secara curi-curi dan kemudian disebarkan menerusi laman sosial.
Gambar itu menunjukkan Lisa dan suami, Yusry berada di sebuah pusat beli-belah bersama puteri mereka.
Mengulas mengenai perkara itu, Lisa menerusi laporan Hlive berkata, “Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma jika keadaannya terbalik, sekiranya ada orang ambil gambar awak tanpa kebenaran tanpa awak tahu, kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke? Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan?
“Pada masa sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi. Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang saya tanya diri saya balik, kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?”
Itu merupakan respons pelakon berusia 29 tahun ini yang masih belum bersedia mendedahkan wajah Yahaira kepada peminat di luar sana selepas melahirkan anak sulungnya itu pada 15 September lalu.
Apa-apa pun sama-samalah kita hormati privasi Lisa dan Yusry, sampai satu masa nanti pasti mereka akan tunjukkan juga wajah permata hati mereka buat peminat yang tak jemu-jemu menyokong karier seni pasangan serasi ini. – MYNEWSHUB.CC
Lisa Surihani Terkilan Wajah Anaknya Dirakam Tanpa Kebenaran
Reviewed by uMieySurianie
on
November 22, 2015
Rating:
No comments: