Seo Services

Sarawak Masih Berpeluang Lakukan Kejutan Ke Atas Selangor - Jurulatih


KUCHING: Sarawak masih berpeluang melakukan kejutan ke atas Selangor pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Keyakinan itu dilahirkan jurulatih sementaranya David Usop, dengan syarat pemain Skuad Bujang Senang mampu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah sehingga gawang dibolosi pihak lawan.

"Jangan lakukan kesilapan sepertimana yang berlaku malam ini ... apa-apa pun saya tidak menyalahkan pemain-pemain" katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Negeri Petra Jaya malam tadi yang menyaksikan Sarawak tumpas 1-2 kepada Selangor.

David berkata skuad Bujang Senang akan menggunakan tempoh tiga hari sebelum perlawanan timbal balik itu untuk mengkaji serta memperbaiki kesilapan yang berlaku malam tadi agar tidak berulang pada Sabtu ini.

Beliau turut membayangkan menurunkan barisan terbaik pada Sabtu ini memandangkan semua pemainnya bebas daripada kecederaan.

-- BERNAMA
Sarawak Masih Berpeluang Lakukan Kejutan Ke Atas Selangor - Jurulatih Sarawak Masih Berpeluang Lakukan Kejutan Ke Atas Selangor - Jurulatih Reviewed by Unknown on November 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.