Seo Services

SPRM Buat Laporan Polis Kononnya Beri Ganjaran Siasat Kes RM2.6 bilion


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu mengenai satu kes yang sedang disiasat oleh suruhanjaya itu.

Dalam kenyataan SPRM hari ini, maklumat disebarkan di media sosial kononnya SPRM menyediakan ganjaran dalam siasatan kes RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah palsu dan dipercayai dikeluarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan itu menegaskan bahawa suruhanjaya ini juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media kononnya Ketua Pesuruhjaya SPRM mengumumkan RM2.6 bilion itu diisytiharkan sebagai sumbangan untuk dibayar kepada rakyat Malaysia yang komited menentang keganasan.

Justeru SPRM berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran maklumat palsu itu, kerana ia secara langsung menjejaskan nama dan reputasi suruhanjaya berkenaan.

Orang ramai yang menerima maklumat dimaksudkan, dinasihat agar tidak terpengaruh dan pada masa sama tidak menyebar atau menghantar mesej tersebut kepada pihak lain, menurut kenyataan itu lagi. - BERNAMA
SPRM Buat Laporan Polis Kononnya Beri Ganjaran Siasat Kes RM2.6 bilion SPRM Buat Laporan Polis Kononnya Beri Ganjaran Siasat Kes RM2.6 bilion Reviewed by Unknown on November 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.