HANYA beberapa minggu sebelum bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK) menikahi Jackie Kennedy di Rhode Island pada September 1953, dia dikhabarkan sempat mengutus sepucuk surat.
Warkah eksklusif tersebut dihantar kepada kekasih gelapnya yang berasal dari Sweden. Wanita itu dikatakan seorang sosialite bernama Gunilla von Post.
Wanita itu sudah meninggal dunia pada 2011 dan semua surat yang dilelong itu dikarang JFK berdurasi dari bulan Jun 1954 hingga Ogos 1956 ketika menjalinkan hubungan terlarang terbabit.
Mereka dikatakan pernah bertemu ketika musim panas di Cannes, Perancis pada 1953.
JFK merupakan presiden AS yang ke-35 mati ditembak pada 22 November 1963 di Texas pada jam 12.30 tengah hari oleh seorang lelaki, Lee Harvery Oswald.
Tragedi yang menggempan dunia itu berlaku ketika dia sedang berarak dalam kereta rasmi dengan isterinya, Jackie. – MYNEWSHUB.CC
Surat John F Kennedy Kepada Skandal Sweden Dilelong
Reviewed by uMieySurianie
on
November 24, 2015
Rating:
No comments: