KUALA LUMPUR: Kerajaan menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 kepada 4 hingga 4.5 peratus berbanding sasaran awal pertumbuhan ekonomi sebanyak 4 hingga 5 peratus.
Ini selari dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada AS$30 hingga AS$35 setong.
Pada Bajet 2016 yang diumumkan tahun lepas, Bajet 2016 dibuat dengan andaian harga minyak pada AS$48 setong.
Perdana menteri mengumumkan semakan semula andaian itu pada pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016, di Putrajaya hari ini. - BERNAMA
#Bajet2016 Unjuran KDNK 2016 Disemak Semula - Najib
Reviewed by uMieySurianie
on
January 28, 2016
Rating:
No comments: