![]() |
| Foto: Jiwa Bakti |
LUNDU: Daerah Lundu akan dilimpahi pelbagai pembangunan yang lebih pesat dengan pelaksanaan banyak projek besar mahupun kecil di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Pelbagai projek disalur di kawasan ini meliputi aspek infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan lain-lain projek memanfaat bagi penduduk sepanjang beliau mengambil alih kepimpinan negeri di Sarawak.
Antaranya, Pusat Latihan Kecemerlangan Teknikal (CENTEX) yang kini sudah memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran bagi melatih golongan belia dalam bidang kemahiran teknikal serta vokasional.
Namun kerja-kerja pembinaan pusat latihan itu kini sedang dijalankan dan dijangka siap dalam masa terdekat bagi membolehkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih selesa.
Melalui apa yang telah diumumkan sepanjang tahun 2015 oleh Adenan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, banyak rancangan dan projek pembangunan yang telah serta bakal dilaksanakan di kawasan Tanjung Datu sejajar dengan hasrat kerajaan membangunkan kawasan luar bandar di negeri ini.
Untuk sektor eko-pelancongan pula, tebingan sungai di sepanjang tepian sungai di Lundu dan Sematan bakal di bina.
Pusat-pusat peranginan dan pelancongan lain juga akan dinaik taraf bagi menarik pelancong ke Lundu dan Sematan.
Selain itu, projek besar akan dibawa ke Sematan dan Lundu ialah Lebuh Raya Pan Borneo, Pembinaan Kolej Matrikulasi dan projek lain termasuk masjid, dewan, taman selera. – Sarawakiana
Daerah Lundu Akan Dilimpahi Pembangunan Lebih Pesat
Reviewed by uMieySurianie
on
January 05, 2016
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 05, 2016
Rating:

No comments: